Surah Al-Fath
Demi
sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi
itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan
memasuki Masjidil Haram, Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya)
dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat Umrah kamu) dengan mencukur
kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta
kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar
balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana
Dia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak
mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu,
satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya). (27) (Allah
yang menyatakan itu) Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad
s.a.w) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama
Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan
agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran a…
Comments
Post a Comment